Category Archives: Keajaiban Al-Quran

Al-Quran…Indahnya WahyuMU….

panduan islam.com

Kenapa kita membaca Al-Quran tetapi kita tidak faham sepatah pun perkataan Arab dalam Al-Quran…???

PanduanIslam.Com ada cerita “beautiful” untuk anda semua untuk merungkai persoalan ini…

Ada seorang lelaki tua tinggal di sebuah kampung pedalaman bersama seorang cucu lelakinya yang bernama Haikal.

Pada setiap pagi, lelaki tua ini akan bangun lebih awal dan duduk di meja dapur sambil membaca Al-Quran. Haikal ingin menjadi seperti datuknya dan cuba untuk mengikuti perbuatan datuknya itu.

Pada suatu ketika, Haikal bertanya, “ Atuk! Saya cuba untuk membaca Al-Quran seperti atuk tapi  saya tidak memahaminya dan apa yang saya faham, saya akan cepat lupa. Apa yang saya dapat kalau saya membaca Al-Quran tapi saya tidak memahaminya?”

Dengan tenang si atuk memberi cucunya itu sebuah baldi yang sangat kotor dan bocor sambil berkata, “Bawa baldi ini ke sungai dan ambil air dari sungai itu dan bawa pulang ke rumah.”

Haikal tanpa membuang masa dia terus melakukan suruhan atuknya tadi tetapi semua air bocor keluar dari baldi itu sebelum ia sampai ke rumah. Atuknya tertawa dan berkata, “Kamu harus bergerak lebih cepat lagi.” Maka ia menyuruh cucunya kembali ke sungai dengan dengan baldi itu untuk mencuba lagi. Kali ini Haikal berlari dengan lebih cepat tapi sekali lagi baldinya kosong sebelum dia tiba di rumah. Dalam keadaan yang seolah-olah kehabisan nafas, dia mengatakan kepada atuknya bahawa mustahil membawa air dari sungai hingga ke rumahnya dengan menggunakan baldi yang bocor itu.

Atuknya dengan raut wajah yang penuh ketenangan berkata,“ Lihat baldi yang kamu pegang tu.” Haikal melihat ke dalam baldi itu dan untuk pertama kalinya menyedari bahawa baldi itu sekarang berbeza. Baldi itu telah berubah dari baldi yang kotor kini berubah menjadi bersih luar dan dalam.

“Haikal, itulah yang terjadi ketika kamu membaca Al-Quran. Anda tidak boleh memahami ilmu atau mengingat segalanya, tetapi ketika kamu membacanya, kamu akan berubah, luaran dan dalaman kamu. Itu adalah kurniaan yang amat besar daripada Allah Taala di dalam hidup kita.”


Share!

Al-Quran Sebagai Teman Di Alam Kubur

Al-Quran

Rasulullah s.a.w pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya.

Tanya lelaki itu : Siapa kamu?


Jawab makhluk tadi : “Kamu tak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam”. Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu ialah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah SWT. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.

Terkejutnya ayah dan ibunya sambil berkata : “Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”. Jawab malaikat, “Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran.”

Masya-Allah..

Benarlah Al-Quran adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW dan Kalam Allah SWT yang suci. Bukan sahaja membaca satu huruf dari Al-Quran mendapat 10 ganjaran pahala, malahan dapat menjadi ‘peguam’ kita di hadapan Allah SWT kelak.

Dalam cerita ini, kita dapat mempelajari satu lagi cara untuk berbakti kepada ibu dan bapa, iaitu dengan membaca Al-Quran. Berbanggalah kita dengan nikmat yang Allah SWT turunkan ini, dan sama-samalah kita mengambil peluang dengan membaca Al-Quran, Bacalah sekurang-kurang satu ayat (kalau tak mampu nak baca panjang-panjang).

Biar sedikit dan berterusan dari banyak tapi buat kadang-kadang..

Wallahulam…

===============================================================================

Share!

Keajaiban Nombor Dalam Al-Quran…

panduan islam

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian
seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak
perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti
nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan
sebagainya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

  • DUNIA – 115 kali
  • AKHIRAT – 115 kali
  • MALAIKAT – 88 kali
  • SYAITAN – 88 kali HIDUP – 145 kali
  • MATI – 145 kali
  • FAEDAH – 50 kali
  • KERUGIAN – 50 kali
  • UMMAH – 50 kali
  • PENYAMPAI – 50 kali
  • IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
  • MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali
  • BALA/MUSIBAH – 75 kali
  • BERSYUKUR – 75 kali
  • BERSEDEKAH – 73 kali
  • BERPUAS HATI – 73 kali
  • ORANG YANG SESAT – 17 kali
  • ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali
  • MUSLIMIN – 41 kali
  • JIHAD – 41 kali
  • EMAS – 8 kali
  • KEMURAHAN HIDUP – 8 kali
  • KEAJAIBAN – 60 kali
  • FITNAH – 60 kali
  • ZAKAT – 32 kali
  • BERKAT – 32 kali
  • MINDA – 49 kali
  • NUR – 49 kali
  • LIDAH – 25 kali
  • SUMPAH – 25 kali
  • NAFSU – 8 kali
  • KETAKUTAN – 8 kali
  • BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
  • BERDAKWAH – 18 kali
  • KESUSAHAN – 114 kali
  • KESABARAN – 114 kali
  • MUHAMMAD – 4 kali
  • SYARIAT – 4 kali
  • LELAKI – 24 kali
  • PEREMPUAN – 24 kali
  • SOLAT  - 5 kali
  • BULAN – 12 kali
  • HARI – 365 kali
  • LAUTAN – 32 kali
  • DARATAN – 13 kali
  • LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah
kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah
kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Nota: Diterjemahkan daripada
karya asal yang dipetik daripada “The Series Of The Scientific Miracles
In Quraan,” oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

==>>harap pembaca semua tidak lupa untuk klik LIKE di laman PanduanIslam.com ini

untuk menjadi follower…

Terima Kaseh…=)

===============================================================================

Share!

Cara Untuk Mencari Muka Surat Setiap Awal Juzuk Al-Quran (Mest Cuba!!)

love

Untuk pengetahuan kawan-kawanku, di dalam al-Quran Rasm Uthmani. Setiap satu juzu’ mengandungi 20 muka surat. Manakala, setiap satu muka surat mengandungi 15 baris ayat.

KAEDAH RINGKAS MENGENAL PASTI MUKA SURAT SETIAP AWAL JUZUK

Formulanya amat mudah :

(x – 1) 2 +2

Sekali pandang macam rumuz algebra pulak jadinya. Saya sengaja berbuat demikian agar mudah untuk anda mengingatinya. x yang dimaksudkan itu adalah juzu’ yang hendak anda cari muka suratnya.

Jadi, juzu’ yang hendak dicari ditolak dengan angka 1. Kemudian jumlah yang telah anda dapati tersebut di darab pula dengan 2. Hasil jawapan tersebut hendaklah ditambah dengan angka 2 dihujungnya.

Lihat contoh ini :

Katakan juzu’ yang anda ingin ketahui muka suratnya adalah juzu’ 6. Maka, pengiraannya adalah seperti berikut :

6 – 1 = 5

5 x 2 = 10

10 ditambah angka 2 dihujungnya  = 102

Anda tidak percaya dengan jawapan tersebut? Lihat gambar al-Quran di bawah :

Begitu juga jika anda ingin mendapatkan awal muka surat dalam juzu’ lain. Contohnya juzu’ 30 :

30 – 1 = 29

29 x 2 = 58

58 ditambah angka 2 dihujungnya = 582


Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya sesuai digunapakai pada al-Quran Rasm Uthmanisahaja, tidak kira sama ada mushaf fizikal atau digital. Manakala al-Quran yang menggunakan Rasm Imla’i atau lebih dikenali dengan istilah “al-Quran Majeed” adalah berlainan.

Selamat mencuba dan saksikan keajaiban yang berlaku…!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Share!
Website is Protected By Using The WP Site Protector Plugin From : ExattoSoft.com