Berhiburlah, berguraulah…

Tatkala ramai manusia khususnya anak muda remaja terkinja-kinja, teruja, malah ada yang pengsan dengan kehadiran Justin Bieber, gelombang hiburan negara kita seolah-olah “diselamatkan” dengan kehadiran Maher Zain. Lagu-lagu yang diketengahkan begitu mendamaikan dan mengheret jiwa mengingati Allah.

Tidakkah anda semua meluat dengan sikap segelintir remaja yang terlalu bangga menghafal nama-nama artis? Namun mereka tidak pula berusaha untuk mengetahui kisah pejuang-pejuang Islam. Di manakah menghilangnya kematangan remaja Islam kini. MasyaAllah.

Islam tidak mengharamkan hiburan. Islam mengakui fitrah dan naluri manusia sebagai makhluk yang dicipta Allah, di mana Allah membuat mereka sebagai makhluk yang suka bergembira, bersenang-senang, ketawa dan bermain-main, sebagaimana mereka dicipta suka makan dan minum.

Seharusnya hiburan tidak dicemari dengan hal diharamkan syariat. Ini kerana hiburan yang pada dasarnya diharuskan syarak berubah menjadi haram akibat ‘ternoda’ dengan perkara bertentangan nilai agama dan sosial.

Faktor keruntuhan kebanyakan tamadun Islam pada zaman dahulu berpunca daripada masalah berkaitan hiburan yang melampau.

Keruntuhan khalifah Abbasiyyah kerana mereka tidak pernah terlepas daripada gaya hidup hedonisme, suka berfoya-foya dan bermewah-mewahan.

Kehidupan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang baik bagi manusia. Dalam hidup baginda ia melakukan sembahyang dengan khusyuk, menangis dan lama berdiri sehingga kedua kakinya bengkak. Dalam masalah kebenaran ia tidak mempedulikan seseorang, demi mencari keredhaan Allah. Tetapi dalam kehidupannya dan perhubungannya dengan orang lain, dia adalah manusia biasa yang sangat cinta kepada kebaikan, wajahnya berseri-seri dan tersenyum, bergembira dan bermain-main, dan tidak berkata kecuali yang hak.

Dalam doa baginda berkata:
“Ya Tuhanku! Sesunguhnya aku minta perlindungan kepadaMu dari duka dan susah.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam satu riwayat hadis diceritakan tentang Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua. Baginda berkata bahawa syurga tidak menerima orang tua. Maka menagislah wanita itu. Kemudian baginda menerangkan maksud percakapan itu tadi bahawa orang tua tidak dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan tua, bahkan Allah merubah bentuknya, sehingga dia akan masuk syurga dalam keadaan muda belia.

“Sesungguhnya Kami ciptakan mereka itu dalam ciptaan yang lain, maka kami jadikan mereka itu perawan-perawan, yang menyenangkan dan sebaya.”25 (al-Waqi’ah: 35-37)

Ali bin Abu Talib pernah berkata: “Sesungguhnya hati itu akan menjadi bosan seperti badan. Oleh kerana itu carilah nilai-nilai kebijaksanaan demi kepentingan hati.”

Dan katanya pula: “Rehatkanlah hatimu sekadarnya, sebab hati itu apabila tidak suka, akan mejadi buta.”

“Hai orang-orang yang beriman! Jangan ada satu kaum merendahkan kaum lain sebab barangkali mereka (yang direndahkan itu) lebih baik dari mereka (yang merendahkan).” (al-Hujurat: 11)

Tidak juga diperkenankan dalam berguraunya itu untuk ditertawakan orang lain, dengan menjadikan kedustaan sebagai wasilah. Sebab Rasulullah telah memperingatkan dengan sabdanya sebagai berikut:

“Celakalah orang yanmembicarakan suatu bicara supaya ditertawakan orang lain, kemudian dia berdusta. Celakalah dia! Celakalah dia!” (Riwayat Tarmizi)


Oleh kerana itu, tidak salah kalau seorang muslim bergurau dan bermain-main yang kiranya dapat melapangkan hati.

Tidak juga salah kalau seorang muslim menghibur dirinya dan rekan-rekannya dengan suatu hiburan yang sesuai, dengan syarat, hiburannya itu tidak menjadi kebiasaan dan perangai dalam seluruh waktunya, iaitu setiap pagi dan petang selalu dipenuhi dengan hiburan, sehingga dapat melupakan kewajipan dan membantut aktiviti harian.

Maka tepatlah pepatah yang mengatakan: “Campurlah pembicaraan itu dengan sedikit bermain-main, seperti makanan yang dicampur dengan sedikit garam.”

Wallahua’lam.

http://armysyaz.multiply.com/journal/item/82/Hiburan_dalam_Islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share!

One Response to Berhiburlah, berguraulah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


five + 6 =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline
Website is Protected By Using The WP Site Protector Plugin From : ExattoSoft.com