Anda Seorang Jurugambar?

Post kali ini menceritakan tentang peranan seorang jurugambar. Apakah perasaan yang timbul dalam diri anda apabila berjaya menangkap gambar yang hebat dan cantik? Adakah perasaan anda itu membawa kepada rasa rendah diri terhadap Pencipta atau sebaliknya?

Artikel ini umumnya untuk kepada semua jurugambar di dunia ini (setiap orang yang mempunya kamera) dan khasnya kepada jurugambar acara perkahwinan. Menurut Dr. Yusuf al-Qhardawi, bidang fotografi diharuskan berdasarkan subjeknya. Namun begitu, pelbagai kemungkaran yang boleh berlaku sewaktu sesebuah perkahwinan itu berjalan, seperti:
 i) Pakaian pengantin wanita yang tidak menutup aurat samada yang bertudung ataupun tidak bertudung

ii) Alis mata diukir cantik dan bulu kening dicabut atau dicukur serta terdedahnya aurat pengantin wanita sewaktu diandam.
iii) Adat bertepung tawar dan bersanding bukanlah ajaran Islam tetapi pengaruh agama yang lain.
iv) Acara ‘batal air sembahyang’ dilakukan di depan khalayak ramai di dalam masjid.
v) Kerana terlalu mengejar masa, sesetengah jurugambar tidak menggalakkan solat sunat bersama bagi pasangan yang baru bernikah.
vi) Boleh jatuh syubahat kerana merakamkan pergaulan antara tetamu yang bukan mahram serta yang tidak menutup aurat sepanjang upacara perkahwinan.
vii) Persembahan karaoke, joget lambak dan para tetamu disantapkan dengan lagu-lagu yang mengkhayalkan oleh juruhebah sewaktu upacara walimah.
viii) Majlis walimah dijalankan secara besar-besaran tanpa ada kesederhanaan.
ix) Timbul perasaaan riak dalam diri pasangan pengantin yang berjaya mengambil jurugambar yang hebat.
Untuk mengelakkan pekerjaan yang kita lakukan tidak diredhai Allah, seseorang jurugambar itu sepatutunya menjalankan tanggungjawabnya semata-mata kerana Allah. Wahai jurugambar sekalian, medium (kamera) yang canggih telah tersedia bagi anda untuk mengingatkan sesama manusia yang sering alpa. InsyaAllah. Antara tanggungjawab seorang jurugambar adalah:
1) Mengambil gambar sebagai ibadah kepada Allah.
2) Membantu pasangan pengantin mendapatkan keceriaan kembali dalam perkahwinan melalui rakaman perkahwinan mereka sekiranya berlaku pertelingkahan.
3) Memberitahu para pasangan pengantin supaya menjaga tatasusila sebagai seorang Muslim termasuk ketika keseluruhan majlis perkahwinan.
4) Berhak memilih pasangan pengantin yang ingin dirakam saat-saat majlis perkahwinan mereka.
5) Setiap gambar yang diambil wajib difikirkan kesannya kepada masyarakat sekeliling serta atas nama Islam itu sendiri.
6) Adalah lebih baik gambar yang diambil untuk menunjukkan kebesaran Maha Pencipta, Allah SWT.
7) Kesimpulannya, secantik mana pun setiap gambar yang diambil, gambar tersebut tidak mendatangkan kemungkaran dan gambar itu boleh mengingatkan kita terhadap kebesaran dan keagungan Allah tanpa ada rasa riak.
InsyaAllah. Wallahualam.Klik SHARE untuk berkongsi bersama rakan anda di FACEBOOK!*Gambar diambil dari www. ARPHOTOSTREAM.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share!

4 Responses to Anda Seorang Jurugambar?

  1. Leica User says:

    Beli camera & lens mahal2 pon membazir namanya. Pakai jer P&S camera. Tak timbul perasaan dengki dan riak.

  2. Faiz says:

    Subhanallah…perasaan inilah yang saya rasai apabila suatu suara pernah berbisik agar saya lebih prihatin kepada semua itu. semua itu juga yang buat saya bertanya kepada ramai ustaz tentang apa yang akan terjadi kepada jurufoto apabila gambar2 yang diambil yang tidak menutup aurat atau melanggar syariat Islam…bagaimana jika foto2 didedahkan pada org yg bukan mahram?. saya seorang jurugambar yang dulunya gemar mengambil tugasan gambar2 Kahwin & Pre married & Foto Peribadi , akhirnya mengambil keputusan untuk melupakan bidang itu.Kerana saya mula rasa seperti sayalah yang bersekutu dengan orang2 mendedahkan aurat & bersentuhan sebelum diijab kabul (astghfirullah…berdosanya saya). Kini saya lebih tenang dengan mengambil foto alam semulajadi yang lebih mendekatkan diri kepada kebesaran Allah swt sekali pun saya akui mengambil foto alam semulajadi ini sangat susah untuk dijual & cari makan…namun rezeki itu Milik Allah…
    siapalah saya untuk meraguinya sedangkan ulat di dalam batu tidak pernah bimbang tentang rezekinya…wallahualam.

  3. neekman says:

    Saya sokong keputusan Faiz…saya juga ingin mengikut jejak nya…

  4. Ya Allah , tak sedar selama ini kita dah banyak buat dosa dengan mengambil gambar-gamber yang tidak berfaedah :/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


− one = 7

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Website is Protected By Using The WP Site Protector Plugin From : ExattoSoft.com