Al-Quran Sebagai Teman Di Alam Kubur

Al-Quran

Rasulullah s.a.w pernah bercerita mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia dimasukkan ke dalam kuburnya, dia berasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya.

Tanya lelaki itu : Siapa kamu?


Jawab makhluk tadi : “Kamu tak kenalkah pada saya? Sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam”. Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu ialah Al-Quran. Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah SWT. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan syurga kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.

Terkejutnya ayah dan ibunya sambil berkata : “Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja, tapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?”. Jawab malaikat, “Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran.”

Masya-Allah..

Benarlah Al-Quran adalah mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW dan Kalam Allah SWT yang suci. Bukan sahaja membaca satu huruf dari Al-Quran mendapat 10 ganjaran pahala, malahan dapat menjadi ‘peguam’ kita di hadapan Allah SWT kelak.

Dalam cerita ini, kita dapat mempelajari satu lagi cara untuk berbakti kepada ibu dan bapa, iaitu dengan membaca Al-Quran. Berbanggalah kita dengan nikmat yang Allah SWT turunkan ini, dan sama-samalah kita mengambil peluang dengan membaca Al-Quran, Bacalah sekurang-kurang satu ayat (kalau tak mampu nak baca panjang-panjang).

Biar sedikit dan berterusan dari banyak tapi buat kadang-kadang..

Wallahulam…

===============================================================================

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share!

3 Responses to Al-Quran Sebagai Teman Di Alam Kubur

  1. dein says:

    subhanallah…. lepas ni ana kena baca lebih lagi la….

  2. Pok Loh says:

    Berpeganglah kpd ajaran AL-Quran…

  3. badryah says:

    surah Al-Mulk adalah pencerah kubur..Rasulullah saw menyarankan agar kita menghafal surah ini yang mengandungi 30 ayat sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


six + 6 =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Website is Protected By Using The WP Site Protector Plugin From : ExattoSoft.com