Pemain Bola Sepak Terkenal Antarabangsa Beragama Islam

1)    Nicolas Anelka @ Abdul-Salam Bilal (Perancis & Chelsea)

-          Nicolas Anelka pemain yg sering diperhatikan oleh saya juga telah menjadi seorang Islam ketika dia merumput di Fenerbahce Turki. Dia  penyerang yang terkenal dan tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya di peringkat antarabangsa.

2)    Mesut Ozil (Jerman & Real Madrid)

-          Bintang dunia yang baru menjelma ketika Piala Dunia 2010. Beliau adalah seorang midfielder dan juga boleh bermain sebagai penyerang. Saya amat tidak menyangka Ozil ini beragama Islam. Setiap kali masuk ke padang, dia akan menadah tangan berdoa. Memohon kemenangan dan keberkatan barangkali.

3)    Frédéric Kanouté (Mali & Sevilla)

-          Nama penuhnya adalah Frédéric “Fredi” Oumar Kanouté. Bapaknya pulak bernama Mehmet Kanoute. Sekarang Frédéric Kanouté bermain di La Liga bersama kelab Sevilla.Beliau dulu pernah beraksi di England bersama Tottenham Hotspur (Spurs). Beliau telah mengamalkan ajaran Islam dalam usia 20-an. Ada satu ketika beliau meraikan jaringan gol dengan membuka jerseynya dan menunujukkan baju yang dipakai di dalamnya yang tertulis ‘Free Palestin’ sehinggakan pihak undang-undang Sepanyol ingin mengambil tindakan terhadapnya.

4)    Robin Van Persie (Belanda & Arsenal)

-          Penyerang yang beraksi untuk Arsenal ini memeluk Islam kerana mengahwini isterinya, Bouchra yang beragama Islam. Beliau mempunyai seorang anak yang diberi nama Shaqueel yang lahir pada 2006.

5)    Frank Bilal Ribery (Perancis & Bayern Munich)

-          Ribery mengakui bahwa Islam adalah sumber kekuatannnya di dalam dan di luar lapangan. Terutama ketika ia mengalami masalah sukar dalam kariernya dan ia menemukan Islam yang memberi kedamaian. Rakan sepasukannya di Bayern Munich, 6) Hamit Altintop juga seorang Muslim. Mereka berdua telah sama-sama mengerjakan Umrah di Makkah Al-Mukarramah.

7 & 8)    Yaya Toure & Kolo Toure (Ivory Coast & Manhester City)

-          Kolo bermain di posisi pertahanan manakala Yaya,tengah. Yaya adalah adik manakala Kolo adalah abangnya. Sebelum ini, mereka bermain di dua kelab yang berasingan iaitu Yaya di Barcelona dan Kolo di Arsenal. Pada musim ini, harapan mereka berdua untuk bermain bersama tercapai selepas kedua-duanya dibeli oleh Manchester City.

9)    Khalid Boulahrouz ( Belanda & Stuttgart)

-          Pemain belanda yang cukup aggresif. Beliau pernah bermain bersama Chelsea namun akhirnya disingkirkan kerana kurang menyerlah.berketerunan belanda maghribi.

10)    Samir Nasri (Perancis & Manchester City)

-          Berdasarkan namanya pun kita sudah tau yang dia seorang Islam. Sekarang ini, dia berpacaran dengan pemain tenis France Tatiana Golovin. Harap Kalau mereka berkahwin, Nasri tidak akan tukar agama.

11)    Lee Woon-Jae (Korea Selatan & Suwon Bluewings)

-          Pemain Korea Selatan ini bermain di posisi Penjaga gol dan beraksi amat cemerlang di temasya Piala Dunia 2002 sehingga membawa pasukan Korea Selatan ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2002. Saya mengatakan dia Islam kerana islamonline sendiri yang mengesahkan dia seorang Muslim.

12) Karim Benzema (Perancis & Real Madrid)

-          Tengok nama pun dah tahu dia adalah seorang Muslim. Pemain penyerang terkenal ini beraksi amat cemerlang di Kelab Lyon dan Real Madrid. Tetapi dia semakin diketepikan selepas kehadiran Kaka dan Ronaldo di Real Madrid.

Mudah-mudahan pemain hebat islam ini mengamalkan ajaran Islam dengan baik dan memegang prinsip-prinsip Islam dengan baik juga…

Kepada pembaca semua, jangan lupa Klik LIKE PanduanIslam.com ini!!

Terima Qaseh…..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share!

7 Responses to Pemain Bola Sepak Terkenal Antarabangsa Beragama Islam

  1. amer_addin says:

    berilah sebarang komen tentang 12 pemain bola sepak Muslim ini..!!

  2. amer_addin says:

    dan sebarkan maklumat ini kepada rakan kita yang lain dengan menekan butang Share!!

  3. saidah says:

    ozil..! ha3

  4. Jumir says:

    Alhamdulillah. Ramai yg Muslim.

  5. anip says:

    van PErsie tuh agak musykil sbb ak ade bce satu statement kt nternet die kate “isteri saya muslim x semestinya saya muslim” lpas tuh kt web tuh ad tlis yg die sbnrye xde pgangan… huhuhu…
    moga di bukakan pintu hatinye…
    amin…

    • amer_addin says:

      sebenarnya di eropah terdapat istilah Islamphobia..mereka merahsiakan keIslaman diri mereka utk menjaga kepentingan dirinya..jd,x mustahil la van persie mengaku die bukan Islam…

  6. han says:

    G.Batistusta striker agentina yg popular dulu..omar batistusta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


× two = 4

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Website is Protected By Using The WP Site Protector Plugin From : ExattoSoft.com