CINTA….Sebelum Nikah….
Tiada cinta sebelum nikah.
No love before akad.
Cinta hanya selepas kahwin.
Dan bla bla bla bla bla….
Ayat yang seringkali aku baca, dan sering kali aku dengar.
Tetapi, aku tak pernah sama sekali setuju dengannya.
Kerana pada aku, cinta sebelum nikah itu ada.
Aku kira, yang patut tiada sebelum nikah adalah hubungan intim seperti suami isteri. Cinta, pada aku, sebelum nikah lagi memang sepatutnya perlu diwujudkan.
Oh, lainlah kalau definisi cinta kamu, telah kamu rendahkan dengan menganggap ‘bercinta’ itu adalah ‘bercouple, pegang-pegang tangan, berhubungan tanpa batas’ dan sekutu-sekutunya.
Maaf. Cinta aku mahal, dan tidak serendah itu.
Sebab itu cinta aku yang mahal itu, wujud sebelum bernikah lagi.
Cinta yang sebenar
Couple itu maknanya cinta? Hubungan intim lelaki perempuan yang bukan mahram tanpa batasan itu cinta?
Maaf. Jika kamu panggil itu sebagai ‘bercinta’, tandanya kamu telah menjatuhkan harga cinta. Untuk aku, itu semua bukan cinta. Cinta adalah suci. Bersih. Dan ianya membawa ke syurga.
Cinta mestilah dibina dari keimanan, dan dicari berlandaskan petunjuk Allah SWT.
Cinta adalah perasaan, yang wujud di dalam jiwa dan diterjemahkan dalam bentuk amal.
Melempar pasangan ke dalam neraka, dengan melanggar arahan-arahan Allah, itu bukan namanya bercinta. Walaupun kamu sering gunakan perkataan ‘cinta’ dalam hubungan kamu.
Cinta lebih suci dari apa yang kamu jangka.
Dan ‘cinta’ yang asli ini, tidak sepatutnya diharamkan sebelum bernikah.
Cinta sebelum kahwin
Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka dengan mengajaknya bermaksiat kepada Allah SWT.
Kalau kamu benar cinta, kamu akan meminta petunjuk Allah dan berkira-kira. Kamu akan list pro dan kontra serta muhasabah kembali perasaan yang hadir di dalam diri kamu. Kemudian bila benar-benar sudah tetap hatinya, lanjutkan dengan lamaran tanda kamu benar-benar serius. Yang lelaki boleh terus kepada keluarganya, yang perempuan boleh menghantar wakil untuk bertanyakan lelakinya.
Tapi pastikan kamu benar-benar siap. Bukan istikharah semata-mata. Tetapi ada perancangannya juga. Perancangan dunia kamu, dan perancangan akhirat kamu. Ini kalau kamu benar-benar cinta.
Kamu berhubungan atas perkara yang sangat-sangat-sangat penting sahaja dan kamu tidak berlengah-lengah dalam meninggalkannya ketika urusan selesai.
Untuk lelaki, kamu bina hubungan yang erat dengan kedua ibu bapanya, dan adik beradik lelakinya, untuk berta’aruf dengannya.
Untuk perempuan, kamu bina hubungan yang erat dengan ibunya dan adik beradik perempuanya, serta saudara mara perempuan yang dia ada untuk berta’aruf dengannya.
Kamu siapkan diri kamu untuk menjadi suami@isteri yang baik untuk pasangan kamu. Kamu tekankan pada diri kamu untuk lakukan perubahan dengan memandang bahawa kamu mesti hendak membahagiakan pasangan kamu sebahagia-bahagianya. Dan apakah yang lebih bahagia dari mendapat keredhaan Allah dan masuk ke syurga bersama-sama?
Dan pantaskan urusan perkahwinan kamu. Jatuhkan dengan segera perkara-perkara yang menghalang perkahwinan kamu dari berlangsung dengan cepat. Itu satu tanda cinta.
Kalau kamu tanya akan cinta aku.
Maka cinta aku begitulah.
Kamu yang syok sendiri tanpa memahami cinta
Kamu-kamu yang bercouple dan memusnahkan erti cinta yang sebenar, aku terkilan dengan kamu.
Kamu-kamu yang bercinta dengan cara yang salah, aku terkilan dengan kamu.
Hal ini kerana, wujudnya kamu dan kesalahan kamu, membawa kepada orang-orang tertentu mengharamkan terus cinta sebelum wujudnya pernikahan.
Kamu-kamu yang mengharamkan terus segala jenis cinta sebelum nikah, aku juga terkilan dengan kamu.
Islam datang mengajar kita mengawal perasaan. Bukan menghapuskannya.
Jadi yang halal diharamkan hanya kerana ada yang salah menggunakannya.
Maka sepatutnya dididik bagaimana untuk bercinta dengan sebenarnya.
Apakah jika ada orang belajar untuk membuat nuklear dan mengebom sesebuah tempat, maka ‘belajar’ itu diharamkan dan matapelajaran ‘nuklear’ itu patut diharamkan?
Semestinya tidak.
Apakah apabila Allah menimbulkan rasa cinta di dalam jiwa seseorang, kamu hendak menyalahkan Allah atas perasaan cinta yang Dia munculkan?
Maka sepatutnya kamu, membina satu garis yang jelas. Antara cinta, dan ‘cinta’.
Bukan hanya syok sendiri dengan ‘cinta suci’ buat ‘golongan kamu’ sahaja.
Aku tidak menghalalkan yang haram, juga tidak mengharamkan yang halal
Aku di sini bukan hendak menghalalkan yang haram. Aku nyatakan di sini, couple dan segala apa yang Allah larang, untuk aku itu semua bukannya cinta. Justeru apabila aku katakan cinta, couple tiada kaitan dengannya. Keluar berdua-duaan tiada kaitan dengannya, bergayut dalam telefon tiada kaitan dengannya. Sms-sms tak ada makna, atau sms-sms ‘tazkirah bohong’ tak ada kena mengena. Salut-salut nama ‘dakwah’ untuk meng’halal’kan perhubungan juga tak ada kena mengena.
Cinta yang aku kata ini, bebas dari semua itu.
Aku juga tidak akan sesekali mengharamkan yang halal. Sebab itu aku berdiri di sini dengan pegangan ini.
Untuk aku, yang halal bila disalah guna, benar ia menjadi haram.
Maka masalah di sini bukanlah yang halal itu.
Masalah di sini adalah ‘pengawalan’ itu.
Sekelompok manusia yang gagal mengawal, itu bukan bermakna ia haram untuk semua manusia. Lainlah perkara itu jelasnya haram secara qat’i, sebagaimana arak. Walaupun mungkin sekelompok sahaja yang mabuk, tetapi ia tetap haram kepada semua.
Cinta yang hakiki, bukannya arak!
Lihatlah dia, lihatlah kesederhanaannya
Ustazku pernah satu hari membicarakan hal perkahwinan dan hubungan sebelum kahwin di dalam kelas. Keluar dari pelajaran kami yang sebenarnya pada hari itu.
Lihatlah antara soalan yang muncul, dan bagaimana sederhananya jawapan dia.
“Ustaz, boleh ke kata cinta pada tunang kita?”
“Boleh, tapi kena benar-benar dengan cinta yang betul la. Bukan main-main”
Maka aku terjemahkan ‘benar-benar dengan cinta yang betul,’ itu, adalah apabila ia dipandu keimanan, di atas syara’, dan kena pada keadaan serta keperluan pengucapan itu. Bukan diucap atas dasar nafsu, atau semata-mata kerana rindu, atau kerana ingin bermanja-manjaan.
“Ustaz, boleh ke nak jumpa tunang?”
“Boleh, tapi kenalah bawa keluarga sekali. Ajak mak ayahnya makan bersama ke. Masa tu jumpa la.”
Bukannya tidak dibenarkan berjumpa langsung.
Tetapi ada caranya. Ada ketikanya. Ada adabnya.
Ustaz mengajar aku, untuk tidak mengharamkan sesuatu yang halal, tetapi melihat apakah yang membawa kepadanya menjadi haram, dan membasmikan masalah itu.
Dan jawapan-jawapannya adalah jawapan yang menyenangkan jiwa. Lihatlah uslubnya.
“Boleh…” Mendengar jawapan ini terlebih dahulu, jiwa jadi lapang. Oh, Islam ini tidak berat ya…
“Tapi kenalah…” Dan syarat selepas itu menjadi ringan untuk dilakukan kerana hendak mencapai ‘boleh’ tadi.
Ustaz secara tidak langsung, menundukkan nafsu pada kawalan syara’ hanya dengan jawapannya yang mudah itu. Dan jawapannya sesuai untuk umum. Bukan hanya untuk orang dakwah sahaja, bukan hanya untuk yang tidak belajar agama sahaja. Jawapannya betul untuk semua.
Dan aku hidup dengannya, menyerap segala didikannya, jadilah aku sebagai aku.
Dan jadilah cinta aku seperti ini.
Penutup: Kamu, jangan murahkan cinta, dan memandang rendah kepadanya
Kamu, jangan murahkan cinta dan memandang rendah kepadanya.
Jangan kamu salahkan cinta kerana kesalahan-kesalahan kamu atau orang lain.
Kalau kamu lemah hendak mengangkat cinta pada pundakmu, maka kuatkanlah dirimu itu. Bukan memandang rendah orang lain, atau meyalahkan orang lain, yang bercinta dengan cintanya yang betul.
Aku tidak mewajibkan cinta sebelum nikah. Tetapi yang aku ingin jelaskan di sini adalah, jika ia wujud, maka itu bukan satu kesalahan. Yang perlu adalah pengawalan agar ia tidak keluar dari definisi cinta yang sebenar.
Definisi cinta aku adalah = ingin masuk syurga bersama.
Apakah cinta kalau melempar pasangan ke neraka?
Untuk aku, inilah dia kefahaman aku. Inilah dia cinta aku.
Oh ya, dan aku belum bernikah.
Waallahulam…
Harap pembaca semua tidak lupa untuk klik LIKE di laman PanduanIslam.com ini
untuk menjadi follower.
Terima Kasih…=)












yup… pndngn ko lbh mnjurus kpd “cup pasangan” brbnding “Couple”…
cuma kita hrus brhati2, kdng kala cinta blh mmndu kta ke syurga atau mncmpkkan kita ke neraka…
zina ada 2 jenis, zina kecil cm (brgayut, brpndngn mata) dan zina besar…
musuh yg kta hdpi bkn baru, musuh yg sama sjak moyang kita Nabi Adam A.S. lg… bnyg dh tipu daya yg dilakuknnya…
Jika kita mampu cup, lakukn lah… klu kna caranya tk salah dri syarak… pastikn kluarga mrestuinya… = )
terima kaseh Cg. Md. Min….insyaAllah,semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk kpd Allah akn jalan yang benar…Ameen…
bru ku sedar Cinta itu anugerah NYA..
x perlu la dhapuskan,jika ia sentiasa ada..
Assalamualaikum, salam ziarah..tahniah utk artikel ini.setuju dengan Cg. Md. Min..hujah yg saudara amer_addin sebutkan mmg jelas + mudah difahami..tahniah
tahniah!… trime kasih
Cintailah Allah yang maha esa melebihi segalanya terlebih dahulu barulah kita tahu menghargai cinta sesama manusia dan kita tahu menghargai cinta sesama manusia itu bagaimana.
sy ske artikel ni..
sy sndri kliru krn rmai y mgtakan bcinta itu haram. adkh klu tidak mlkukkn pkr salah jg dikira haram? sdgkn klu difikirkan ALLAH mnjdikan mnusia itu berpsgn kn………
sy ske xplaination awk..yup..sy stuju cinta sblm kawen bknlah satu kesalahn..apa yg salah ‘couple’ sblm kahwin..sbg mnusia mmg kte tak bley lari dari prasaan tu..
Sorg kwn sy pnh ckp,klo ske sumone,smpn elok2 prasaan 2..doa n mntk ptnjuk mdh2an dia dtakdirkn utk kte..tp redha klo dia bkn jodoh kte sbb ALLAH Maha Mengetahui..ALLAH gives wut we need,not wut we want..
Betul itu…masing2 ada istilah CINTA sebelum nikah sendiri. Bg aku, CINTA SEBELUM NIKAH juga tidak salah jika btl pada niatnya.
Lgpun, jika tidak CINTA masakan kita boleh kenal siapa rakan kita, orang sekeliling kita…
CINTA SEBELUM NIKAH juga amat perlu…
Jd gunalah ia sebaiknya demi mencari keredhaanNya…
huhu.. kalau la kdua2 pihak faham untuk jalinkan cinta yg halal,mst dapat kawal perasaan tu drp terus hanyut.. tak semua dapat memahami cinta yang betul2 halal.. meluahkan kata2 n beri motivasi/nasihat, mmg mudah.. tp nk hadapinya? iman yg sentiasa turun naik.. yang pasti terus2an berdoa pd Allah mintak tetapkan iman.. hati kte semua adalah milik Allah.
alhamdulillah. dah lama mencari artikel jawapan untuk persoalan yang sering berlegar di minda. alhamdulillah bertemu di sini.
sejujurnya, cinta bagi saya mmg seperti yg anda sampaikan.
“Kalau benar cinta kepada pasangan kamu, maka kamu akan menjaga diri kamu dari laranganNya. Kamu tidak akan melempar pasangan kamu ke neraka.”
“Definisi cinta aku adalah = ingin masuk syurga bersama.”
Pemikiran kita sama. Allah temukan juga akhirnya. (:
cinta yg suci seharusnya berada di bawah redha Allah. dan bahagia yang kekal abadi adalah bahagia yg dipayungi redha Allah.
cinta & bahagia yg bisa tembus hingga ke syurga. cinta yang bersatu hingga ke syurga,
dan bukan berakhir di neraka.
cuma..mmg kena kuat semangat dalam menegakkan kebenaran ni, sbb kemungkinan kte akan hilang org yg kita sayang = yg tak faham erti cinta sebenar.
tapi jodoh di tangan Allah. Dia Maha Mengetahui apa dalam hati kita.
semoga Allah terus kuatkan kita untuk terus berusaha mencari keredhaan Allah.
wslm.
la yu’minu ahadukum hatta an yuhibba li akhih..
thanx for ur explanation, tapi sy ade sorang sahabat lelaki. yang menyatakan cinta pada seseorang perempuan,tetapi dia turut rapat dengan rakan-rakan perempuan yang lain. Katanya hanya bersahabat, walaupun dia pernah berdua-duaan dengan kawan-kawan perempuannya. Apekah cinta dia benar tlus ikhlas? Dalam masa yang sama dia jarang contact dengan perempuan yang dia cintakan tersebut..
Apabila kita cinta pada seseorang, tidak bermakna kita perlu menghubungi si dia selalu..
Yang penting, masing-masing ikhlas dan tahu bagaimana untuk menjaga
hubungan cinta tersebut mengikut syariat..
Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik dan sebaliknya..
Dalam kes sahabat lelaki saudari ini, bagi saya, mungkin sahabat saudari kurang
memahami adab-adab bergaul yg sebenarnya.. Mengenai cintanya pula,
masih belum cukup untuk dikatakan ikhlas jika pergaulan dengan orang
lain tidak dijaga.. Ini pendapat saya.. Apabila cinta itu ikhlas,
jagalah ia sebaiknya supaya cinta itu diredhai Allah agar dapat
disatukan dgn perkahwinan..
Carilah ilmu semampu mungkin untuk kebahagiaan dunia dan akhirat..
Wallahualam…